2013 dunia ku sebagai seorang pelajar KOLEJ
Assalamualaikum,
Pertama sekali saya hendak bagi tahu yang sudah lama gila saya tidak usha blog saya ini.Ini kerana saya terlampau sibuk dengan assignment,projek n kerja2 kolej.Emm,tiba2 hati saya terlintas hendak usha blog saya ini. :)
Banyak cerita yang ingin saya kongsikan kepada pembaca blog saya yang tidak seberapa ini.Hahahahaha.Okay pertama saya,saya hendak share pasal kehidupan saya sebagai pelajar kolej ptpl ampang.Mula2 nya saya rasa takut hendak sambung belajar di kolej tersebut kerana saya fikir bila belajar di KL ini kena ada personaliti yang menarik.Setahu saya pelajar wanita kolej KL ini semuanya cantik2 , kaya , bijak dan sebagainya.Jadi saya takut dibuli dan dijadikan sbg bahan ketawa mereka nanti . XOXOXO !
Selepas 10 bulan saya belajar di kolej KL ini,baru saya tahu.Selama ini apa yang saya fikirkan itu adalah salah,sebenarnya belajar di mana2 pun semuanya adalah sama sahaja cuma kita sahaja yang kena fikir positif.Alhamdulillah saya seronok sangat belajar di kolej KL ini.Yang paling saya bersyukur sangat2,saya dapat jumpa kawan yang baik,gila,kelakar n sporting sangat2.Saya rasa rugi kalau tidak dapat kenal dengan kawan2 saya ini.Sampai sekarang ,nak masuk sem 3 sudah,kami masih kekal kawan dan bersama. Kami beri nama group kami 'LE GANGS' :)
Selain kawan,saya pun dapat pensyarah yang baik2,bijak,kelakar dan comel.Lebih2 lagi lecture kesayangan saya iaitu PN ROZIMAH, MISS FINNY dan SIR ZIZAN. Mereka adalah pensyarah yang paling saya sanjung,sayang dan suka sangat2.Kerana mereka telah banyak membantu,beri tunjuk ajar,dan menasihati saya dalam apa jua keadaan.Baru2 ini saya sering mendapat keputusan yang bagus dalam semua subjek,saya berasa bertuah dan bersyukur sangat2 kerana dapat lecture macam beliau ini dan tanpa ketiga2 lecture ini saya tidak sebagus macam sekarang.Jasa mereka tidak dapat saya lupakan.Terima kasih lecture kerana jadi lecture yang terbaik dalam kolej dan course saya :)
Oh ya,sekarang ini saya tengah cuti sem dan pada 23 aribualan 10 ini saya daftar sem3 pula.Rasa macam tidak percaya yang saya sudah masuk sem 3 . hahahaha.Alhamdulillah dengan berkat kedua ibubapa untuk saya belajar di kolej ini saya sudah sampai ke tahap ini.Sementara menunggu 23 aribulan ini,saya dan classmate saya dikhabarkan dengan satu berita yang baik dari lecture kelas kami.Lecture saya cakap untuk result sem 2 kami sudah keluar dan dimaklumkan ramai yang dapat PL iaitu President List.Bila lecture saya cakap macam tu saya rasa bersyukur dan melompat2 macam orang gila sebagai tanda kegembiraan kami.Ada 2/3 orang classmate saya tanya, siapakah pelajar yang dapat PL itu?Lecture saya cakap, tunggu 23 haribulan ini okay.Alhamdulillah sangat2 bila dengar berita itu,sekian lama saya menanti nanti PL itu.Dan saya berharap sangat2 saya adalah salah seorang daripadanya.AMIN.
Okay reader semua,sampai disini sahajalah yang dapat saya kongsikan.Nanti bila saya sudah dapat result itu,saya bagitu okay.Doakan saya okay.Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca blog saya ini.Harap dapat menghiburkan hati sesiapa yang sedang patah hati itu bila membaca blog saya ini.Sekiranya saya ada membuat salah dan cerita2 saya ini ada berkait dengan kehidupan korang semua harap di maafkan.Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca cerita2 di blog saya ini.Jumpa lagi :)
ikhlas dari saya nur amira sahira :)
ASSALAMUALAIKUM.